Sunday, November 4, 2012

0 Soal Jawab bersama Sheikhna Al-faqih Nuruddin Marbu Al-banjari Al-Makki

 Soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Sheikh Nuruddin al-Marbu al-Banjari al-Makki - Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam. [8 Oct 2012]

Hadis - apabila namaku disebut, dia tidak berselawat ke atas ku, dia akan keliru menuju ke syurga.

Kembalikan rasa cinta pada nabi. Hidupkan kembali sunnah Rasulullah saw.

Pengorbanan - apa yang sanggup kita lakukan untuk berkorban demi nabi dan Allah? Kita kena ada target untuk dapatkan keredhaan Allah. Beza meninggalkan anak bini, kampung halaman,
1- untuk pergi baitullah (umrah/haji)
2- untuk pergi tengok bola di bukit jalil
mana satu pengorbanan yang berbaloi?

Pastikan terget pengorbanan kita untuk apa? Adakah untuk bersama Rasulullah saw di akhirat nanti? Tanpa pengorbanan, kita tak akan sampai pada target yang kita inginkan.

Selepas korban wang, masa, keluarga, tenaga, kita takkan berkira sangat dengan pengorbanan yang akan kita lakukan jika kita dah kenal apa target kita.

Haiwan diciptakan Allah untuk kita makan. Itu pengorbanan haiwan kepada kita. kita akan korban dan sembelih dia tak lama lagi. Jadi laungkan nama Allah dengan sepenuh lafaz. Kita kena berkorban demi agama Allah, sebab kita dah korbankan haiwan2, makhluk2 Allah. Ingat tak sakit ke kena sembelih? Jadi, korban segala yang kita mampu untuk jalan Allah.

SOAL JAWAB

1- Hukum demonstrasi bantah penghinaan pada nabi, ada orang kata wajib.

J- Ya, memang patut kita buat demonstrasi sebagai satu cara untuk tunjuk rasa marah kita. Nabi bersabda, Bila nampak sesuatu kekufuran, tangani dengan tangan, jika tak mampu, tangani dengan mulut, jika tak mampu, benci dengan hati, dan ia selemah2 iman. Demonstrasi dikira menangani dengan mulut. Bukan mukmin sejati jika tak buat aksi/cara semampu kita sebagai tanda protes.

2- Benarkah warna merah tidak dibenarkan nabi untuk dipakai?

J- Warna merah adalah perhiasan dari syaitan - hadis. Nabi menyukai warna hijau sebab akan menajamkan mata dan menyeronokkan jiwa. cuba tengok pokok2 dan hutan. nabi suka warna putih, buktinya pakaian2 nabi berwarna putih dan nabi suruh kapankan mayat dengan kain putih. Kenapa Islam tak haramkan warna merah? Kenapa ia makruh? Saidina Anas b Malik meriwayatkan, nabi pernah pakai pakaian serba merah, tapi bukan sebagai kebiasaan. Jadi, makruh pakai pakaian warna merah.

3- Hukum melewatkan solat isyak, sebab tengok TV sampai pukul 10 untuk solat waktu afdhal.

J- Tu mujtahid moden tu.. hehe.. Hadis- Seafdhal2 solat ialah pada awal waktunya. Namun ulama mengatakan ianya hanya utk subuh, zohor, asar, dan maghrib. Isyak pula afdhal solat sampai 1/3 malam. iaitu lebih kurang 3 jam setengah selepas maghrib masuk. Nabi pernah keluar pukul 10 malam untuk solat isyak berjemaah sampai sahabat2 tertidur menunggu nabi. Nabi berkata, jika aku tidak mahu merumitkan kamu, sudah nescaya aku akan bersolat isyak setiap hari pada waktu ini.

4- Betul ke makruh salam tangan dengan orang yang ada sakit sopak/kusta/sakit kulit yang merebak?

J- Hadis- Larilah kamu dari orang yang terkena penyakit sopak/kusta seperti kamu lari dari seekor singa. Sebaiknya diceraikan suami isteri jika salah seorang mengidap penyakit itu, jika tahapnya membahayakan nyawa.

5- Pendapat sheikh tentang wahabbi dan syiah.

J- Nabi larang menyanjung dirinya. Tapi wahabi salah tafsir. bukannya tak boleh berqasidah, marhaban, maulidur. Tapi nabi larang sanjung nabi macam mana kristian sanjung jesus. Wahabbi jangan keterlaluan. Jika anda punyai ijtihad, kami juga ada ijtihad. Jika anda nak kami hormat pandangan anda, anda kena hormat juga pandangan kami. Belum tentu yang wahabbi kata salah itu benar2 salah di sisi Allah, belum tentu yang wahabbi kata betul itu benar2 betul di sisi Allah. ASWJ sepatutnya menolak wahabbi ini demi penegakan akidah terbaik. Wahabbi suka menyesatkan kita dan membidaahkan kita.

Syiah sesat. Hina sahabat dan isteri nabi. Allah dah meredhakan kaum awal, iaitu yang terdiri dari muhajirin dan ansar. siapa hina sahabat, jadi kafir sebab menolak firman Allah dalam Al-Quran dan hadis qudsi.

6- Asas ilmu akidah, tasauf, Al-Quran, hadis, dan suluk

J- Asas semuanya dari Al-Quran dan as-sunnah. cuma ia dikumpulkan dan diasingkan ikut topik2 sahaja dan ikut ijmak ulama dan qiyas.

Salafi dan wahabbi satu geng. Wahabbi suka membidaahkan ilmu tasauf. Baik cakap makan murtabak itu bidaah sebab zaman nabi tidak wujud murtabak. Tanya orang2 wahabbi, makan telur boleh? boleh. makan bawang boleh? boleh. makan tepung boleh? boleh. makan daging lembu boleh? boleh. sebab apa? sebab benda2 tu zaman nabi dah ada. campurkan semuanya, itulah murtabak. begitulah ilmu tasauf. asalnya ilmu syukur, ilmu jihad, ilmu tauhid, ilmu dakwah, tapi disatukan jadi ilmu tasauf. yang nak sebut bidaah kenapa?

7- Bagaimana nak semarakkan cinta pada Allah dan Rasul?

J- Dua cinta ni tak dapat dipisahkan. Nak cinta pada Allah, ialah dengan cinta pada Rasul2, kitab2, malaikat2. Cinta pada agama, pada ilmu, pada ulama, antara cara untuk cinta pada Allah dan Rasul.

8- Baca Al-Fatihah dengan ayat tertentu dibaca berulang kali dalam solat, contoh baca ayat ke 6 berulang2 kali.

J- Tiada masalah. nabi pernah ulang ayat terakhir surah at-taubah banyak kali dalam solat sampai nak masuk subuh. silakan ulang asalkan difahami maksudnya. bukan sebab tersalah baca.

9- Cara nak ajar anak supaya cinta Allah dan Nabi.

J- Atas kita. kita kena perdengarkan dan dedahkan kepada anak2. ada seorang budak ambil gelas air dengan tangan kirinya, nabi tegur "tangan yg digerakkan syaitan. angkatlah dan makanlah dengan tangan kananmu".
Bila anak tanya "abah kenapa pakai baju putih selalu?"
jawablah "sebab nabi suka putih"
bila asyik2 sebut nabi nabi nabi, anak akan ada sifat nak tahu tentang siapa nabi.

10- Bagaimana nak cinta pada nabi walaupun jauh dan tak pernah bersua?

J- Kena baca kisah dan riwayat hidup nabi dari awal sampai wafat. Jangan baca majalah sahaja. Nak naik pangkat pun kena study rajin2. Bagaimana nak cinta kalau tak kenal? Pelajarilah sirah nabi, ambil tahu macam mana bentuk hidung nabi, rambut nabi, mata, perhiasan dan pakaian nabi.
p/s: nabi suka duduk bersandar sambil bersimpuh, badan sandar ke kiri.

11- Solat witir 3 rakaat sebelum tidur dah buat, lepas tu bangun malam buat tahajjud kena witir lagi ke?

J- 1 Kali sahaja. Kalau buat 2 kali, dah jadi genap. 3+3=6. Bangin tahajjud cukup dengan solat tahajjud sahaja. Hadis- tiada dua witir dalam satu malam. ulama kata, kecuali nak qadha witir hari2 sebelumnya, boleh..

12- Di Alam barzakh, bolehkah orang yg ditanam di sabah berjumpa dengan orang yg ditanam di kedah?

J- Boleh dengan izin Allah. ada seorang sahabat berdoa setiap hari nak jumpa Umar yang dah meninggal. selepas setahun berdoa,dia dapat jumpa Umar dalam mimpi. Umar bagitahu dia baru selesai disoal tentang tanggungjawabnya oleh Allah. setahun tu. bayangkan pemimpin negara kita hari ni.

Jadi pemimpin tanggungjawabnya berat. Jika seorang rakyat malaysia ini tidak solat, pemimpin adalah orang yang pertama akan ditanya, kenapa dia tidak solat? Sekurang-kurangnya kena jadi macam Umar. tiap2 malam keluar rumah berjalan ke seluruh negeri madinah secara senyap2. sampai terjumpa ibu yang masak batu untuk anak2nya agar anak2nya tidur. Pemimpin kita ada macam tu?


SUMBER:-facebook

0 comments:

Post a Comment

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates