Sunday, November 4, 2012

0 PETIKAN KALAM AL-HABIB HASSAN BIN ABDULAH AS-SYATIRI

NUkilAn dari Ad-Dai'e Al-Hassan Bin Abdullah As-Syatiri(1347h-1425h):-

1. Senantiasa menggesa anak murid
dan ahbabnya supaya melaksanakan solat berjemaah dengan memelihara adab-adab serta hati sanubari yang hudur(ingatkan Allah) dan khusyu'.
Kadang-kadang solat serta doa berseorangan tidak akan diterima akan tetapi bila berjemaah pastinya akan dibukan segala pintu pengkabulan dan diterima amalan tersebut.
Justeru itu,bagi setiap muslimin hendaklah menghimpunkan keluarganya dan solat secara berjemaah dengan mendidik mereka supaya melazimi solat jemaah dan harus  menegur dan memarahi mereka sekiranya mereka meninggalkannya dengan sengaja kerna SOLAT ADALAH PAKSI DAN TIANG UTAMA ISLAM DAN BERJAMAAH DLM MELAKSANAKANNYA ADALAH KESEPURNAAN DAN GANJARANNYA
MENGGUNTUNGKAN.



2.Bersyukur terhadap kurniaan nikmat Allah SWT, bahkan tidak mengkufuri segala pemberiannya samada nikmat atau musibah, serta melaksanakan kewajipan dan ketaatan kepada Allah SWT dengan melakukan amal kebajikan sebagai tanda syukur atas limpahan nikmatnya,seterusnya bertaubat terhadap  dosa dan kesalahan yang lalu .Pada hari ini kita melihat ramai org Islam tenggelam dalam kelalaian dan hanyut dalam kenikmatan sehingga tidak tahu bagaimana cara mensyukurinya dan memuliakannnya.Bila direnung nikmat yang dikurniakan pada tubuh badan shj tidak mampu dihitung banyaknya, tambahan dengan nikmat beristeri dan bekeluarga,nikmat berpakaian,nikmat berkenderaan,nikmat dlm kehidupan,dan segalanya tidak mampu dihitung dan dibalasi.Dan sebesar-besar nikmat adalah mengecapi kemanan,seseorang itu tidak akan menikmati keamanan melainkan kepada sesiapa yang diberi oleh Allah SWT.Befirman Allah SWT yang mafhumnya:"Orang2 yang beriman mereka tidak memakaikan iman mereka dengan kezaliman dan kegelapan maka merekalah orang yang  mengecapi keamanan dan merekalah orang2 yang diberi petunjuk).

Sesungguhnya banyak maksiat telah mengotori dunia ini wahai saudaraku,maka janganlah engkau menjadi Ahli Maksiat,dan Orang yang Lalai.Jadilah  sebenar-benar hamba untuk tuhanmu iaitu       "Kun Rabbaniyin" dengan senantiasa berzikir memujiNya, hadir dlm dakapanNya,berwaspada pd larangannya,dan dirikanlah segala hak-haknya, serta ingat perjanjian denganNya

Ketahuilah,barangsiapa yang melakukan maksiat pada Allah maka hanyut dalam kekufuran dan sesiapa yg tidak bersyukur atas anugerah nikmatnya maka berhak keatasNya untuk merampas dan mengharamkan nikmat tersebut dan jika dia bersyukur,melaksanakan suruhannya serta meninggalkan maksiat maka Allah SWT akan melipatgandakan nikmatnya,serta mengasihinya seperti firmanNya yang bermaksud:-"dan ketahuilah ketika Allah memaklumkan sekiranya kamu bersyukur kepadaKu akan ku tambahi lagi nikmatku dan jika engkau engkar ketahuilah azabKu sangatlah pedih sekali"

3.Wajib keatasmu untuk mujahadah melawan hawa nafsumu dengan melaksanakan segala amal ibadah secara rahsia dan bersunyian,dan janganlah engkau buat-buat tunduk kepalamu untuk rukuk dan sujud serta menampakan kesan sujud di dahi supaya dikatakan bahawa kau adalah orang yang soleh dan wali..Ketahuilah, Allah SWT yang mengutuskan semua risalahnya dan syariatNya maka janganlah engkau merasakan bahawa barangsiapa yang memanjangkan sujud dialah orang  yang telah meraih hajat dan cita-citanya dan janganlah engkau menyangka bahawa org yg beserban besar dia  telah mencapai kedudukan yang tertinggi

4.Wajib kepada penuntut ilmu beramal dengan amalan dari "كتاب عمل اليوم واليلة dengan bersungguh-sungguh kerna itidak akan tampak sinaran cahaya ilmu itu melaikan dengan tekun dan istiqomah dalam melaksanakan amalan soleh...
DOWNLOAD KITAB AMALAN HABIB HASSAN AS-SYATIRI
http://altnagum.com/books/3mlAlyoum.pdf..

0 comments:

Post a Comment

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates