Sunday, November 4, 2012

0 CEBISAN KATA PERMATA HABIB ZEIN BEN SEMAITH AL-MADANI

SEBAB-SEBAB KUAT YANG MENDORONG KITA DIKURNIAKAN REZEKI

Telah dinukilkan daripada AL-A'rifbillah :-
  1. Menunaikan solat dengan rasa takzim atas keagungan Allah SWT dan menghadirkan hati yang khusu'
  2. Membaca Surah al-Waqiah khususnya pada waktu malam
  3. Membaca surah Yassin dan Al-mulk pada waktu subuh
  4. Mendatangi masjid sebelum azan dikumandangkan
  5. Sentiasa dalam keadaan bersuci(berwudu')
  6. Melaksanakan solat sunat subuh dan witir di rumah
  7. Mengisi/memanfaatkan waktu selepas subuh sehingga terbit matahari dlm keaddan iktikaf di masjid
  8. Memperbanyakan dengan mengulangi zikir ini (يا كافي يا مغني يا فتاح يا رزاق)
Telah dinukilkan dari Al-imam As-Syafi'e rhm:-
4 Perkara yang memudahkan kita dikurniakan rezeki :-
  1. Menghidupkan Qiamulail
  2. Memperbanyakan Istighfar pada waktu sahur
  3. Sering memberi sedeqah
  4. Membaca zikir/wirid/hizib pada waktu pagi dan petang
4 Perkara yang menghalang kita dikurnikan rezeki:-
  1. Tidur selepas waktu subuh
  2. Kurang mengerjakan solat
  3. Pemalas
  4. Khianat/tidak amanah
-nukilan Al-habib Al-A'lamah Zein bin Semaith Al-Madani-

0 comments:

Post a Comment

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates