Thursday, June 6, 2013

0 Secebis mutiara kata dari Al-Habib Al-Murobbi Ali Zainal Abidin al-Hamid

Untaian mutiara kata al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
 (pembimbing Majlis Taalim Darul Murtadza)

“Jangan kamu berjalan sambil mengangkat dada (bangga), sentiasalah pandang ke bawah (tanah).”

“Ya Hana Na.. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..”

“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut/meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”

“Orang yang ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya.”

“Gambaran di hari kiamat, anak dan ayah sudah tidak mempedulikan satu sama lain, masing-masing mahu menyelamatkan diri.”

“Tanda kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, ialah dengan menggunakan harta dijalan Allah.”

“Selepas menceritakan tentang Rasulullah, digalakkan kita beristighfar kerana takut apa yang kita ceritakan itu tak sesuai disisi Allah.”

“Allah memerangi kepada mereka yang mengamalkan riba.”

Kata ulama waktu itu mungkin (waktu doa mustajab pada jumaat), selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”

“Bilamana kamu bersyukur kepada Allah maka Allah akan tambahkan lagi rezeki kamu.”

“Kita ini banyak complain dari banyak bersyukur.”

“Bersahabat dengan orang-orang yang soleh akan membuatkan kita rapat kepada Allah SWT.”

“Barangsiapa yang hadirkan satu niat yg baik, maka ALLAH SWT akan membukakan baginya 70 lagi pintu kebaikan yg lain.”

“Walaupun hanya sehelai daun yang jatuh dari pokok, ia bukan ciptaan yang sia-sia.”

“Digalakkan utk hadir ke suatu tempat bilamana mengetahui mereka yg dekat dgn ALLAH SWT hadir di situ.”

“Lazimkan diri dgn perkara-perkara baik utk perolehi penghujung yang baik (khusnul khotimah)”

“Orang yang dipuji oleh Allah, adalah orang yang menahan marahnya.”

“Tiada permasalahan yg kita alami didunia ini yg tiada cara penyelesaiannya, semuanya pasti ada cara jalan penyelesaiannya.”

“Jika dapat nikmat, kita syukur dan kita sabar. Jika dapat musibah, kita sabar dan kita syukur.”

"Orang yang dapat mengubati penyakit hati, ianya bukan ada di hospital, bukan ada di klinik, tetapi ada pada baginda Rasulullah SAW.

"Bilamana kamu mahu memuji seorg budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”

"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras,
yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "

"Jika mahu mengamalkan sesuatu sunnah, amal sikit-sikit dahulu, takut hari ni buat semua, esok demam, lusa tak buat dah.."

“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”

“Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya.”

“Nabi bersabda: Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan banyak menangis dari banyak ketawa.”

“Bagaimana mahu berada dekat dengan Rasulullah SAW di sana (di akhirat) jika di sini (di dunia) tidak mahu dekat dengan Rasulullah?”

“Bergembiralah pada bulan kelahiran Rasulullah SAW. Perbanyakkan selawat, menyebutkan keperibadian Rasulullah SAW.”

“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut / meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”

“Pada hari Jumaat ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak.”

"Takkan sempurna iman seseorang kecuali dengan mencintai, menyayangi baginda Rasulullah SAW"

"Orang yang paling dekat dengan Allah, adalah orang yang banyak manfaatnya kepada orang lain."

"Kita berzikir kepada Allah, Allah berzikir nama kita."

“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”

“Bilamana kamu mahu memuji seorang budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”

"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "

"Rida' itu adalah kain yg diletakkan di bahu. tidak jadi masalah jika digunakan untuk menjadi alas ketika sujud DENGAN SYARAT, rida' itu tidak turut bergerak ketika kamu bersujud"

"Allah larang orang memanggil Rasulullah dengan panggilan 'Muhammad' sahaja. sedangkan dalam al Quran Allah memanggil Rasulullah dengan gelaran yang baik"

"keinginan Rasulullah untuk bertemu dengan kita MELEBIHI keinginan umat zaman tersebut untuk bertemu Rasulullah"

"Ummu Sulaim mnceritakan bahawa keringat Rasulullah umpama kilauan mutiara. lalu diambil olehnya (Ummu Sulaim) untuk dijadikan barakah buat anak-anaknya"

“Bilamana ada orang memuji kita, lihatlah kekurangan diri kita.”

0 "Butir-Butir Cinta" dari Al-Murobbi Al-Habib Ali Jufri

 Ad-Dai' Al-Islami Al-Murobbi Al-Habib Ali Jufri telah menaburkan beberapa butiran tentang "CINTA" :
  1. Kunci utama untuk membuka pintu-pintu kebahagian dalam kehidupan adalah dengan menanam benih-benih cinta dan kasih syang.Maka para pendakwah yang ingin membaiki ummah dalam apa jua lapangan untuk meng"islah ummah" perlulah menaburkan butir-butir cinta dan memasakkan kasih sayang sebagai pemacu utama.
  2. Ketika manusia sudah bersih dari lumuran noda hawa nafsunya maka akan terbit hakikat "Ad-Din" iaitu agama yang indah yang menjadi keutamaan baginya
  3. Bila seseorang berada dalam keadaan marah,sakit hati atau sedih sehingga tidak mampu untuk menunjukan rasa cinta bahkan benci dengan sekelilingnya,maka berhenti dan berundurlah sebentar dari segala kecelaruan dunia serta teruslah ber"khalwat" dengan Allah dalam keadaan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepadaNya lantas memohon agar ditaburkan kembali benih cinta dan sayang untuk mencintai makhlukNya.
  4. Seseorang yang mencintai orang yang memusuhinya adalah orang yang kuat
  5. Adukanlah dirimu yang lemah ini kepada Allah sebelum kamu adukan  masalah orang yang berada disekelilingmu kerna kelemahanmu dalam membentangkan cintaNya kepada mereka

Sunday, May 19, 2013

0 Hikmah dari Al-Khawarizmi "AKHLAK = 1"

Al-Imam Al-'Alim Muhammad ibn Musa Al-Khawarizmi yang terkenal dengan panggilan Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh ilmuan dalam bidang ilmu matematika bahkan juga masyhur dalam bidang kajian astronomi dan beberapa cabang keilmuan yang lainnya.

Pada suatu hari , beliau telah didatangi  oleh seseorang yang ingin mengajukan persoalan kepadanya.
"Wahai Imam apakah yang bernilai pada diri  seorang manusia itu?" 
tanya orang tersebut mengenai soalan yang bermain di benak fikirannya. Dengan spontan Al-Khawarizmi menjawab persoalan tersebut,
"Seorang manusia itu bila dihiasi dengan akhlak yang mulia maka dia telah mempunyai angka 1 dalam hidupnya dan bila dikurniakan dengan rupa paras yang cantik lagi indah ditambahi 0 pada nombor satu  yang sebelumnya maka jumlahnya 10.Seterusnya bila dia mempunyai harta maka ditambahi lagi 0 pada nombor sebelumnya maka jadilah angka 100.Seterusnya bila dia memiliki nasab keturunan yang mulia maka ditambahi 0 pada jumlah sebelumnya maka 1000 hasilnya.Cuba perhatikan!!,nilai 0 yang ada pada sifat dan ciri-ciri tambahan manusia itu,ia akan terus meningkat berlipat ganda.Tetapi alangkah ruginya,jika nilai 0 tersebut semaikn meningkat tapi tidak bersandar pada angka 1 yang berada didepannya. Ketahuilah angka 1 adalah gambaran bagi akhlak yang mulia maka sekiranya lenyap akhlak dalam diri seseorang insan tiadalah nilai sebuah kehidupan walaupun disulami dengan beribu kemuliaan.

Thursday, May 16, 2013

0 Cebisan peringatan Dari Al-Muhaddith Al-A'lamah Sheikh Abdullah Al-Harari

 " Bangun tidur sebelum subuh untuk melakukan amal soleh adalah kebiasaan dan adat bagi para solihin .Amalan ini begitu terkenal di zaman dahulu lebih-lebih lagi era para ulama kita salafuna soleh.Tapi zaman kini amalan sebegini semakin pudar dan hambar. Zaman sekarang berjaga malam bukan untuk buat amalan tapi menghadap televisyen berpanjangan ( termasuklah FB dan sebagainya) sehingga larut malam dan tidur lambat  ( sampai terlajak subuh). Perkara ini bercanggah dengan sunnah dan kehidupan para ulama salafuna soleh. Sebab itulah hati sanubari tidak bercahaya dengan suluhan rabbani bahkan kegelapan sunyi yang menyelubungi .

0 Secebis nasihat untuk Pelupa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

"من اّفات العلم النسيان"
Diantara penyakit ilmu adalah LUPA
LUPA adalah suatu kebiasaan bagi seorang "INSAN" ,terutamanya kepada penuntut ilmu yang mengerah akal fikiran untuk  menghafal Al-quran dan matan. Maksiat yang dipertontonkan tanpa rasa malu dan segan menjadi Faktor Utama  melupuskan hafazan  dalam ingatan.Maka solusi yang utama untuk mencegah penyakit ini adalah Jauhi maksiat dan tundukan pandangan.
Kebenaran ini diakui oleh imam besar mazhab kita ,Al-Imam Syafie Rhm dalam ungkapan bait-bait syairnya:
:شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي  فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي  وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ  ونورُ الله لا يهدى لعاصي
  Maksud: Pada suatu hari aku pergi mengadu pada guruku Imam Waki' tentang hafazanku yang makin kabur dari ingatan lantas beliau memesan agar Tinggalkan Maksiat dan mengingatku Sesungguhnya Ilmu itu adalah Cahaya , dan sinaran cahaya Ilahi tidak akan menyuluhi
  Sang Pemaksiat 
Ada juga penawar sampingan yang dititipkan para ulama salafuna soleh untuk menghilangkan penyakit yang membarah ini seterusnya menguatkan lagi ingatan melalui doa dan wirid yang mereka amalkan .
Antaranya adalah Al-A'rifbillah Al-Habib Ahmad Bin Hassan Al-'Atthas, yang menukilkan dalam satu hadis, bahawa pada zaman Rasulullah SAW ada seorang pemuda yang datang mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW,
"Ya Rasulullah aku ini seringkali ditimpa penyakit lupa, bolehkan engkau mengajari aku bagaimana mahu menguatkan dan menyegarkan hafazanku ini?", adu pemuda tersebut tentang hafazannya yang acapkali luput dari ingatan . Maka Rasulullah SAW menitipkan doa buatnya agar mudah untuk menghafal dan kukuh hafazanya dalam ingatan :

الّلهمَ اجْعَلْ نَفْسِي مُطْمَئِنَّة، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ، وتَرْضَى بِقَضَائِكَ

"Selepas aku mengamalkan doa ini aku tidak pernah lupa lagi" kata pemuda tersebut. Dan doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3x.Insya-allah dengan izin tuhan berkat doa ini hafazan kita akan terpasak kukuh dalam ingatan.
Al-A'rifbillah Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi juga menambah, "Sekiranya kamu ingin mengelakan dari sifat lupa maka hendaklah kamu melazimi membaca beberapa potong dari surah Al-A'la:
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى, الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى ,وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى ,وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَى,
 فَجَعَلَهُ غُثَاءً أَحْوَى, سَنُقْرِؤُكَ فَلا تَنسَى 
Dan ayat ini hendalah diulang sebanyak 7x

 Serta banyak lagi titipan doa dan perkara yang dianjurkan para ulama untuk mengukuhkan ingatan yg ingin dikongsikan tapi tidak terdaya atas kekangan waktu yang begitu pantas berlalu..

Wednesday, April 17, 2013

0 Manhaj Menuntut Ilmu dari Sang Pencerah Habib Umar


 TEMPAT: MASJID AZHAR
  WAKTU: 16 OKTOBER 2011
1. Pentingnya memilih dan menentukan sumber rujukan kita dalam mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam.

Abdullah Ibnu Mubarak RadhiyaAllahu Taala Anhu menyebutkan:
"Ilmu ini(Ilmu Syarak) ini adalah Agama kamu,maka perhatikanlah(nilailah) dari siapa kamu mengambil Agama&Ilmu kamu tersebut"

Disinilah letaknya kelebihan Institusi Al-Azhar dan Para Ulamaknya. Merekalah golongan yang menjaga dan memelihara ketulenan kefahaman Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini,tidak terputus silsilahnya,bersambung dengan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sekiranya ditanya tentang guru mereka,mereka boleh menyatakan satu persatu nama dari mana mereka mengambil ilmu tersebut,dan seterusnya bersambung sehingga lah kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Keistimewaan Silislilah ini,bukan semata-semata silsilah,akan tetapi lebih dari itu,ianya adalah warisan dan mata rantai yang menghubungkan antara kita semua dengan Rasulullah S.A.W. Mata rantai yang menghubungkan ILMU,KEFAHAMAN,AKHLAK dan JIWA seorang Muslim sebagaimana yang di ajar dan dikehendaki oleh Baginda S.A.W.



Sekiranya dilihat kepada aliran-aliran lain yang menisbahkan diri mereka kepada Keilmuan dan dan Kefahaman Islam,kita akan dapat melihat terputusnya silsilah ini. Ini disebabkan oleh tidak caknanya mereka terhadap disipilin keILMUan Islam yang meletakkan mestinya BERGURU dan BELAJAR dari ahlinya.

Aliran-aliran ini,sekiranya diminta untuk membentangkan dari mana mereka mengambil agama ini,pastilah kita boleh melihat tiadanya silsilah yang menghubungkan mereka dengan Rasulullah S.A.W,walaupun mereka gemar mendakwa merekalah yang berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W.

Para Ulamak Menyebutkan : Isnad itu adalah sebahagian dari Agama ini,kalaulah tidak kerana Sanad(Silsilah yang menghubungkan pembawa berita dari sumber aslinya) pastilah semua orang akan bercakap dan mendakwa apa sahaja mengikut sesuka hati mereka.

[Akibat mengabaikan berguru dari ahlinya inilah,bermulanya era kewujudan mereka-mereka yang membawa kefahaman Islam yang jauh tersasar dari yang sepatutnya. Kita boleh melihat mereka tegas tidak bertempat,cenderung kepada perbalahan dan perselisihan,menghukum orang lain dengan kufur bida'ah dan sebagainya]

2. Pentingnya Berguru (Belajar dari Ahli) dan hadir ke dalam Majlis Bersama para Ulamak dan Solehin

[Bertitik tolak dari soal sandaran sumber kefahaman dan ilmu(sanad) tadi,jelas ternyata pentingnya untuk kita mempelajari Ilmu agama ini melalui berguru,bertanya,berbincang dan mengikuti pengajian dengan para Ulamak yang ahli]

Habib Umar Hafizahullah menyebutkan,keberkatan hadir dalam majlis para Ulamak dan Solehin ini,akan dapat kita rasakan walaupun sebelum guru kita itu memulakan percakapannya. Akhlaknya,wajahnya,ketenangan jiwanya sudah cukup untuk memancarkan sinar Ajaran Islam dan Panduan Rasulullah S.A.W ke dalam jiwa kita.

Beliau juga menambah,para penuntut ilmu sepatutnya mengambil peluang untuk datang berguru dan bersama dengan para Ulamak Al-Azhar,kerana mereka memiliki kelebihan itu,kelebihan dari sudut  Keahlian(kepakaran),keSolehan dan Taqwa mereka.

Beliau juga mengingatkan kita betapa beruntungnya kita,kerana terpilih untuk mendapat nikmat hadir ke majlis Ilmu,sedangkan di luar sana ramai yang lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia,tetapi kita,Alhamdulillah Allah memilih kita untuk datang mendapatkan kenikmatan dan keseronokan yang lebih kekal.

3. Pesanan Khusus buat Penuntut Ilmu

Penuntut Ilmu perlulah menjaga kebersihan Zahir(Luaran) dan Batin(Hati) ketika menuntut Ilmu.
Antaranya,Jagalah wuduk ketika hadir ke kelas-kelas pengajian.
Begitulah juga,kita mesti menjaga kebersihan Hati dari Maksiat dan Sifat-Sifat Mazmumah,supaya Ilmu dapat masuk ke dalam Jiwa kita.

Hadir ke kelas,belajar dari guru sememang adalah syarat asasi kepada proses untuk mendapatkan Ilmu. Akan tetapi,antara yang akan membuatkan Ruh Ilmu masuk kedalam jiwa,Kefahaman yang sebenar dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah: 

Bangun di tengah malam,memohon dengan penuh rasa pengharapan dan hina diri terhadap Allah supaya diberikan dan dikurniakan Ilmu dan Kefahaman sebenar dariNya.

Proses "Zahir"[Hadir ke kelas,mengulangkaji dan lain-lain] untuk mendapatkan ilmu itu mampu dilakukan oleh siapa sahaja,Fasiq atau Soleh.Akan tetapi,Ruh Ilmu dan Kefahaman yang sebenar hanya akan diberikan oleh Allah kepada hati-hati yang Tawadhuk dan tunduk menghinakan diri di hadapan Allah,antaranya dengan bangun bermunajat di tengah malam memohon kurnia dariNYA.

[Jadi,proses untuk mendapatkan ilmu itu bukanlah semata-mata dengan usaha Zahir **yang semestinya tidak boleh diabaikan** seperti hadir ke kelas,membaca,mengulangkaji dan lain-lain,akan tetapi mestilah juga dengan persiapan Hati dan Jiwa seperti Tawadhuk,rendah diri,menggantung pengharapan kepada Allah,amal soleh,dan menjauhi maksiat]

KREDIT:   USTAZ MOHAMMAD NOORAZAM BIN BAHADOR

0 Wasiat Berharga dari Abuya Sayyid Muhammad

ALhamdulillah, limpahan puji dan kehadrat illahi, Tuhan yang maha Esa mentadbir sekian  alam  dan memiliki jiwa hamba-hambanya, Maha pengatur kejadian siang dan malam ,Maha berkuasa membolak-balikan jiwa sanubari hambanya, Sang Maha Esa lagi Kekal Abadi, tiada apa pun berlaku melainkan dengan izinNya Sang Maha lembut dan Pengasihani, senantisasa menawarkan dan membuka luas gerbang kurniaNya serta  pintu taubatNya buat hamba-hambaNya agar senantiasa berdamping dan sujud kepadaNya  Jalla jalla luh..


Pengembaraan di bumi gersang ini masih tetap ku teruskan jua. Namun ku tahu akan datang berbagai rintangan yang bakal menghambat .Tetapi persediaanku perlu rapi , bekalanku hendaklah dicari supaya mudah dan menjadi bantuan di tengah pemusafiran kelak. Maka setelah digali dan mencari akhirnya ku terjumpa jua antara bekalan dan pedoman yang berguna buatku iaitu Wasiat orang lama yang telah berjaya salik dan sampai ke matlamat cita-citanya untuk bersama-sama dengan Sang MahaPencipta  Yang Kekal Abadi dalam keadaan mulia dan lagi dimuliakan.  Beliau ialah  Al-A'rifbillah Prof. Dr Abuya Sayyid Muhammad ibn A'lawi  Al-Maliki Al-Hasani. Diantara wasiat beliau :

  1. Aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
  2. Aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  3. Aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
  4. Aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
  5. Aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
  6. Aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
  7. Aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
  8. Aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …




Beliau رضي الله عنه mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:



  1. Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.
  2. Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.
  3. Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal...
  4.  berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya ………
  5. Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di tas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya

0 Mutiara Kata Yang Mengugah Jiwa Dari Yang Mulia Habib Munzir


Selaut kesyukuran dihamparkan untuk Tuhan yang berkuasa mutlak dialah Robbuna wa Robukum , Allah S.W.T  Limpahan puji kehadrat Allah taala atas anugerah nikmat yang tidak terkira banyaknya (la tahso a'dada) .  Betapa pun kita leka terhadapNya, kita jauh dariNya,kurniaanNya tidak putus –putus kepada kita, tetap disalurkan kepada hamba pendosanya ini. Dialah Tuhan Agung Yang Maha Luhur kebaikanNya, Yang Maha Pengasihani pada hamba-hambaNya, senantiasa menunggu dan mengharap hambaNya agar sujud dan memohon kepadaNya, Yang senantiasa mengalirkan ganjaran kepada hamba-hambaNya tatkala hambaNya melakukan kebaikan walaupun sebesar  zarah pasti akan dihitungNya juga.Sehinggakan sekiranya sudah berniat untuk melakukan maksiat dan kemudiannya tidak melaksanakannya dia juga akan dianugerahkan ganjaran dan pahala atas amal perbuatannya itu. .Ya Allah sungguh Mulia budi pekertiMu.
                                                                                                       
  DiSini saya titipkan butir-butir mutiara indah dan syahdu yang terpancar dari lisan Sang Pendakwah Mulia Ad-Da'ie Al-A'rifbillah Al-Habib wal Mahbub Munzir Al-musawa.Bicaranya membuatkan hati sanubari yang gersang kembali bercahaya dan segar dengan siraman rohani darinya dan lantas kembali sujud pada Yang Maha Esa. Diantara mutiara katanya yang menyuntik jiwa para hambanya adalah seperti berikut.:-                  



Namun tujuan adalah satu, iaitu saat berjumpa dengan Rabbul a’lamiin. Maka berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya; iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah akan datang satu saat dimana bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah. Di saat itu kita akan diturunkan ke dalam kubur, dan wajah kita dibuka dan diciumkan ke tembok kubur kita. Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kaum kerabat. Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan, di saat itu tidak ada harta. Itulah hadirin hadirat, kita sendiri. Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya.

Allah masih terus bersabar, yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina, yang hidup berasal dari sebutir sel dan akan berakhir sebagai bangkai; makanan-makanan haiwan di dalam tanah. Allah menanti hambanya memohon taubah, Dialah yang Maha baik, Dialah Yang Maha mulia. Setelah kita diberi kehidupan; diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia dan seluruh isinya. Allah meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita meminta.

Hadirin hadirat, sedemikian luasnya nikmat Ilahi dan kasih sayangnya melebihi segala kasih sayang; melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Hadirin hadirat, jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah. Jangan berat menyebut nama Allah. Dosa apa yang membuatkan lidah kita berat menyebut nama Allah??

Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa kubur Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa neraka pastikan kami 
 selamat dari ini semua Ya Allah!!!




0 Mutiara Kata Habib Ali Jufri buat Para Remaja

"Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga?!" Kata Sang Pendakwah yang masyhur di pelusuk dunia  Iaitu
 Al-habib Ad-Daie Ali Jufri

Remaja sekarang ini mereka ada yg bersolat tapi melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana sini, mata meliar, masuk net tengok macam-macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Habib Ali al-jufri berkata "Perkara ini semua org ketahui, tentang ujian yg melanda remaja sekarang ini. Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepda remaja semua, penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah, selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka."Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah" Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan "aku ada melakukan kesalaham".perasaan yg bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat. Perkara bahaya datang dari mana? Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya.ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.

sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa pada-Nya.
Allah tidak berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dari-Nya.
lantas teruslah kembali kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu..
Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga?!


Monday, April 15, 2013

0 WASIAT Al-Muhaddis As-sufi Sayyid Abdul Aziz Siddiq Al-Ghumari

Suatu ketika Sheikh Al-A'lamah Al-Muhaddis As-sufi Sayyid Abdul Aziz Siddiq Al-Ghumari pernah menitipkan wasiat yang berharga kepada Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Mansur Al-Qurtum Al-Palestini:-

 Sesungguhnya rentak kehidupan selalu berubah-ubah, hari semalam tidak sama dengan hari ini, kerna semalam kita rasa hidup kita bahagia , cukup dengan segalanya, keberkatan mencurah-curah dan kita saling bantu membantu antara satu sama lain adapun hari ini kehidupan dipenuhi dengan ketamakan, kerakusan, tidak rasa cukup dengan segalanya, terasa sikit keberkatan dicurahkan terutama  kepada harta dan anak-anak.
  Ketahuilah itulah sebenarnya dinamakan" Kehidupan" , yang biasa dilalui oleh setiap makhluk bernama insan.Oleh itu,bagi mengatasinya perlulah mengikuti jalan orang -orang yang berjaya dengan menjaga dan melaksanakan baki-baki perkara yang telah ditetapkan dan dianjurkan syariat iaitu dengan memelihara perkara yang sekurang-kurangnya dengan sesuatu amalan iaitu zikir dan wirid serta memperbanyakkan pengajian agama terutamanya perkara yang penting dalam agama yang berkaitan dengan fardhu ain.
Syeikh Ahmad bi mansur menyatakan :" Sehingga sekarang aku merasakan kesan dari wasiat tersebut kerna keberkatannya dan kelebihannya yang mengalir daripadanya".

Thursday, January 10, 2013

0 Riadah Nafsu dalam Kitab Mukasyafatul Qulub

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MAha Penyanyang

Al-Hujjatul Islam Al-Arifbillah Al-Imam Ghazali RHM(450-505H) telah mengarang satu bab dalm kitabnya yang berjudul "Mukasyafatul Qulub" berkenaan dengan riadah dan mujahadah untuk menundukkan syahwat dan nafsu serakah .
Maka telah berkata Al-Imam dalam bab yang ke-4 dalam Mukasyafatul Qulub iaitu Dalam episod Riadah(mujahadah) dan  Nafsu Syahwat :

     Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa Alahissalam dengan menyatakan:
"Wahai Musa sekiranya engkau ingin menjadikan Aku ini sangat dekat denganmu , bahkan lebih dekat aku ini daripada kata-katamu dengan lidahmu dan daripada lintasan hatimu ,dan lebih dekat daripada roh dengan badanmu,dan daripada penglihatanmu daripada matamu serta  pendengaran daripada telingamu, ialah dengan "Memperbanyakan selawat keatas Sayyidina Muhammad Saw.
Allah SWT berfirman : 
ولتنظر نفس ما قدمت لغد
Mafhumnya:Dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esoknya(hari akhirat).
 Amalan tersebut adalah amalan kebajikan yang telah seseorang kerjakan untuk berhadapan hari pembalasan kelak.

1 Terjah Nafsu Serakah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat unik lagi hebat. Bila direnungi dengan rapi  terhadap rekaan dan ciptaanNya yang maha hebat ini maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah kejadian manusia yangluar biasa ini tidaklah suatu yang sia-sia bahkan ia sangat bernilai dan berharga .Keindahan manusia itu bukanlah terletak pada kesempurnaan rupa paras yang menggugah atau kemantapan tubuh badan yang tegap lagi gagah dan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi kesempurnaan yang hakiki adalah terletak pada TAQWA.Kerna itulah Allah SWT  mengungkapkan dalam al-Quran
إن اكرمكم عند الله اتقاكم
maksudnya:Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan manusia ialah orang tinggi Taqwanya disisi Allah SWT.
 
Allah SWT juga tidak menilai dari amalan para hambanya berdasarkan gambaran luaran sahaja bahkan yang diteliti oleh  Allah adalah amalan yang tulus dan ikhlas semata-mata kerna Allah Taala yang Esa.Sekiranya seorang hamba memiliki wajah yang indah ,harta melimpah tetapi diri dihiasi dengan sifat mazmumah maka janganlah menyangka bahawa Allah Taala telah redha padanya padahal celaan dan murkalah yang diterima daripada Allah. Bertepatan dengan secebis kata dari RAsulullah SAW:
 عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - :       
" إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم " . رواه مسلم
  mafhumnya: Daripada Abu Hurairah (radiyallahuanhu), Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa parasmu dan harta kekayaanmu Tetapi Allah SWT memandang kepada hati sanubarimu dan amalan kamu.(Riwayat Muslim) 
  Kehancuran manusia di hari-hari yang lalu dan hari yang seterusnya adalah kerna Manusia gagal mencapai Taqwa. Hal ini disebabkan persinggahan sementara di stesen bandaraya dunia ini dijadikan tempat menjual Dosa dan membeli kemurkaan Allah sehinggalah sampai tahap menyekutukan Allah Taala .Ketika sedang asyik dibuai maksiat dan hanyut dalam lautan kehinaan sehingga dibawa arus menjadi hamba abdi  Sang Nafsu yang meneggelamkan Iman dan taqwa seorang Insan padahal diciptakan untuk tunduk sujud pada Allah taala sepertimana yang dirakamkan dalam lembaran suci Al-Quran:
وما خلقت الجن والإنس الا ليعبدون 
 Maksudnya: Dan tidaklah kami ciptakan Jin dan Manusia melainkan semata-mata untuk beribadah tunduk sujud pada Yang Maha Esa

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates