DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG
"من اّفات العلم النسيان"
Diantara penyakit ilmu adalah LUPA
LUPA adalah suatu kebiasaan bagi seorang "INSAN" ,terutamanya kepada penuntut ilmu yang mengerah akal fikiran untuk menghafal Al-quran dan matan. Maksiat yang dipertontonkan tanpa rasa malu dan segan menjadi Faktor Utama melupuskan hafazan dalam ingatan.Maka solusi yang utama untuk mencegah penyakit ini adalah Jauhi maksiat dan tundukan pandangan.
Kebenaran ini diakui oleh imam besar mazhab kita ,Al-Imam Syafie Rhm dalam ungkapan bait-bait syairnya:
:شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ ونورُ الله لا يهدى لعاصي
Maksud: Pada suatu hari aku pergi mengadu pada guruku Imam Waki' tentang hafazanku yang makin kabur dari ingatan lantas beliau memesan agar Tinggalkan Maksiat dan mengingatku Sesungguhnya Ilmu itu adalah Cahaya , dan sinaran cahaya Ilahi tidak akan menyuluhi
Sang Pemaksiat
Ada juga penawar sampingan yang dititipkan para ulama salafuna soleh untuk menghilangkan penyakit yang membarah ini seterusnya menguatkan lagi ingatan melalui doa dan wirid yang mereka amalkan .
Antaranya adalah Al-A'rifbillah Al-Habib Ahmad Bin Hassan Al-'Atthas, yang menukilkan dalam satu hadis, bahawa pada zaman Rasulullah SAW ada seorang pemuda yang datang mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW,
"Ya Rasulullah aku ini seringkali ditimpa penyakit lupa, bolehkan engkau mengajari aku bagaimana mahu menguatkan dan menyegarkan hafazanku ini?", adu pemuda tersebut tentang hafazannya yang acapkali luput dari ingatan . Maka Rasulullah SAW menitipkan doa buatnya agar mudah untuk menghafal dan kukuh hafazanya dalam ingatan :
الّلهمَ اجْعَلْ نَفْسِي مُطْمَئِنَّة، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ، وتَرْضَى بِقَضَائِكَ

"Selepas aku mengamalkan doa ini aku tidak pernah lupa lagi" kata pemuda tersebut. Dan doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3x.Insya-allah dengan izin tuhan berkat doa ini hafazan kita akan terpasak kukuh dalam ingatan.
Al-A'rifbillah Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi juga menambah, "Sekiranya kamu ingin mengelakan dari sifat lupa maka hendaklah kamu melazimi membaca beberapa potong dari surah Al-A'la:
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى, الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى ,وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى
,وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَى,
فَجَعَلَهُ غُثَاءً أَحْوَى,
سَنُقْرِؤُكَ فَلا تَنسَى
Dan ayat ini hendalah diulang sebanyak 7x
Dan ayat ini hendalah diulang sebanyak 7x
Serta banyak lagi titipan doa dan perkara yang dianjurkan para ulama untuk mengukuhkan ingatan yg ingin dikongsikan tapi tidak terdaya atas kekangan waktu yang begitu pantas berlalu..
0 comments:
Post a Comment