Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MAha Penyanyang
Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa Alahissalam dengan menyatakan:
Al-Hujjatul Islam Al-Arifbillah Al-Imam Ghazali RHM(450-505H) telah mengarang satu bab dalm kitabnya yang berjudul "Mukasyafatul Qulub" berkenaan dengan riadah dan mujahadah untuk menundukkan syahwat dan nafsu serakah .
Maka telah berkata Al-Imam dalam bab yang ke-4 dalam Mukasyafatul Qulub iaitu Dalam episod Riadah(mujahadah) dan Nafsu Syahwat :
Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa Alahissalam dengan menyatakan:
"Wahai Musa sekiranya engkau ingin menjadikan Aku ini sangat dekat denganmu , bahkan lebih dekat aku ini daripada kata-katamu dengan lidahmu dan daripada lintasan hatimu ,dan lebih dekat daripada roh dengan badanmu,dan daripada penglihatanmu daripada matamu serta pendengaran daripada telingamu, ialah dengan "Memperbanyakan selawat keatas Sayyidina Muhammad Saw.
Allah SWT berfirman :
ولتنظر نفس ما قدمت لغد
Mafhumnya:Dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esoknya(hari akhirat).
Amalan tersebut adalah amalan kebajikan yang telah seseorang kerjakan untuk berhadapan hari pembalasan kelak.