Thursday, January 10, 2013

1 Terjah Nafsu Serakah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat unik lagi hebat. Bila direnungi dengan rapi  terhadap rekaan dan ciptaanNya yang maha hebat ini maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah kejadian manusia yangluar biasa ini tidaklah suatu yang sia-sia bahkan ia sangat bernilai dan berharga .Keindahan manusia itu bukanlah terletak pada kesempurnaan rupa paras yang menggugah atau kemantapan tubuh badan yang tegap lagi gagah dan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi kesempurnaan yang hakiki adalah terletak pada TAQWA.Kerna itulah Allah SWT  mengungkapkan dalam al-Quran
إن اكرمكم عند الله اتقاكم
maksudnya:Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan manusia ialah orang tinggi Taqwanya disisi Allah SWT.
 
Allah SWT juga tidak menilai dari amalan para hambanya berdasarkan gambaran luaran sahaja bahkan yang diteliti oleh  Allah adalah amalan yang tulus dan ikhlas semata-mata kerna Allah Taala yang Esa.Sekiranya seorang hamba memiliki wajah yang indah ,harta melimpah tetapi diri dihiasi dengan sifat mazmumah maka janganlah menyangka bahawa Allah Taala telah redha padanya padahal celaan dan murkalah yang diterima daripada Allah. Bertepatan dengan secebis kata dari RAsulullah SAW:
 عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - :       
" إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم " . رواه مسلم
  mafhumnya: Daripada Abu Hurairah (radiyallahuanhu), Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa parasmu dan harta kekayaanmu Tetapi Allah SWT memandang kepada hati sanubarimu dan amalan kamu.(Riwayat Muslim) 
  Kehancuran manusia di hari-hari yang lalu dan hari yang seterusnya adalah kerna Manusia gagal mencapai Taqwa. Hal ini disebabkan persinggahan sementara di stesen bandaraya dunia ini dijadikan tempat menjual Dosa dan membeli kemurkaan Allah sehinggalah sampai tahap menyekutukan Allah Taala .Ketika sedang asyik dibuai maksiat dan hanyut dalam lautan kehinaan sehingga dibawa arus menjadi hamba abdi  Sang Nafsu yang meneggelamkan Iman dan taqwa seorang Insan padahal diciptakan untuk tunduk sujud pada Allah taala sepertimana yang dirakamkan dalam lembaran suci Al-Quran:
وما خلقت الجن والإنس الا ليعبدون 
 Maksudnya: Dan tidaklah kami ciptakan Jin dan Manusia melainkan semata-mata untuk beribadah tunduk sujud pada Yang Maha Esa



   Sang Nafsu memiliki kekuatan yang sangat luarbiasa dan iaianya mampu melumpuhkan sesebuah empayar yang teguh dengan "kubu Taqwa" dan "perisai Iman".Hal ini boleh berlaku bilamana pemimpinnya tertipu dengan starategi liciknya tambahan itu tidak tahu Punca kejayaannya. Maka bertepatan dengan itu Al-Imam Al-Jalil Al-Arifbillah Ibn Ato'illah As-Sakandari mengungkapkan dalam "Hikam"nya:

قال ابن عطإ الله السكندري في كتابه الحكم
 اصل كل معصية وغفلة وشهوة  الرضا عن النفس، و اصل كل طاعة و يققظة وعفة عدم الرضا منك عنها
Punca  dari segala maksiat,kealpaan serta syahwat adalah menunaikan kehendak hawa nafsu . Perkara asas dari segala kepatuhan,kesedaran dan kesopanan akhlak dan budi adalah menolak dan mengekang segala tuntutan hawa nafsu

Sheikh Zarruq berkata: Pengarang menyatakan kaedah untuk mengetahui penyebab utama segala keaiban dan kebaikan adalah dengan "Mencari punca dan Asal sebab"/
Sheikh Al-buti berkata:  Kesimpulan yang dikemukan dalam mutiara hikmah ini bahawa jalan untuk mencapai Mardotillah adalah dengan menangkis segala godaan hawa nafsu serta tidak redha dengan kehendak hawa nafsu, sebaliknya jalan yang menuju kepada kemurkaan Allah SWT adalah seseorang berasa ujub terhadap dirinya dan redha menurut hawa nafsunya

Sesungguhnya hidup di dunia ini adalah kehidupan yang membawa persengketaan sekiranya  berpaksikan tuhan Sang nafsu .Ketahuilah bahawa kehidupan yang seirama dengan rentak hawa nafsu pasti akan kecundang  di destinasi terakhir iaitu Hari Pembalasan.Nikmat meneguk kemanisan nafsu hanyalah sebentar sahaja tetapi bila mampu menundukan kehendak dan permintaannya pasti akan bahagia buat selamanya.
Sheikh Zarruq berkata:
الرضا عن النفس علامته ثلاث :  رؤية الحق لفسه والشفقة عليها والإعضاء عن عيوبها بتزكيتها من حيث أنه يرى قبيحها حسنا بالتأويل لأنه يعلم العيب ثم
 يفضي عنه و إن كانا نوعا منه

Redha terhadap hawa nafsunya ada tiga tanda:  melihat perbuatan hawa nafsunya adalah benar (batil itu adalah baik bagi hawa nafsunya),rasa simpati terhadap hawa nafsunya dan mencari alasan logik supaya hatinya dan orang lain dapat mengakui bahawa keburukan itu bukan perkara jelek bahkan baik dan murni walaupun mengetahui perkara tersebut adalah jelek dan kemudian itu dia mendedahkannya sekalipun mengerti ia suatu jenis daripadanya.

Seorang ulama salaf yang lain berkata: “Wahai anak Adam, apabila engkau melakukan maksiat ,engkau berpendapat bahawa tidak ada mata yang melihatmu, maka kenapa ketika engkau sedang sedang berkhalwat kepada Allah engkau memohon keampunan dan mengakui maksiatmu terhadapNya,dan mengapaka engkau tidak malu kepada Nya  sebagaimana malumu terhadap makhlukNya? Jika demikian maka engkau ada dua kemungkinan: Apabila engkau berpendapat bahawa ketika engkau melakukan maksiat Allah tidak melihatmu,maka engkau telah KAFIR. Dan apabila engkau berpendapat bahawa Allah melihatmu,namun engkau tettap tidak menghiruakanNya dan tetap melakukan maksiat tidak seperti mana ketika ada manusia walaupun lemah yang melihatmu,maka engkau tidak berani bermaksiat kerana takut diketahuinya ,hal ini bererti betapa beraninya kamu kepada Allah SWT….
Sabda Rasulullah S.A.W:-

جاهدوا أهوأكم كما تجاهدوا اعداءكم
Perangilah hawa nafsumu seperti kamu memerangi musuh-musuhmu

(المجاهد من جاهد نفسه في الله (رواية أخرى لله 
Seorang Mujahid itu ialah orang yang mampu melawan hawa nafsunya di jalan Allah 
(riwayat lain: kerana Allah)

1 comments:

  1. https://sinomanipnu.blogspot.com/2015/04/apa-pengertianciri-serta-bahaya-dari.html?showComment=1567042383323#c5798535276847482008

    ReplyDelete

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates