Monday, December 31, 2012

0 2012 Melabuhkan Tirai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AlhamDuliLLah, Limpahan puji Kehadrat Allah SWT yang senantiasa mengurNiakan kepada hambaNya nikmat yang tidak mampu dibilang dan dikira. Anugerahnya senantiasa memenuhi keperluan para hambaNya, walaupun sebelum keperluan tersebut diminta daripadaNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Luhur, sudahmenyediakan dan mencukupkan.Kurniaan yang maha banyak itu sentiasa disalurkan walaupun hamba-hambanya masih lagi terjerat dalam kancah kemaksiatan berlumuran dosa serta noda.Sesungguhnya anugerah ini adalah disebabkan kita  tergolong dalam umat yang dikasihi Allah iaitu umat akhir zaman yang dipimpin oleh seorang nabi yang mulia .Dialah nabi junjungan yang dikasihi oleh Tuhan Maha Raja Sekalian Alam dan Jagad Raya ,serta dikasihi seluruh makhluk yang bernyawa mhupun yang tidak bernyawa. Dialah Utusan Terakhir pembawa risalah kedamain dan ketenangan buat seluruh alam Sesungguhnya Dialah Yang Mulia Sayyiduna Muhammad SAW.

Kita berada di garisan akhir tahun 2012 yang bakal menutup tirainya, yang memiliki seribu satu lembaran cerita, rakaman catatan pengalaman manis dan pahit. Hakikatnya kisah tersebut bakal dipaparkan di "Skrin Hari Perhitungan' yang akan disaksikan sekalian umat manusia . Semoga tayangan tersebut manggambarkan kehidupan yang diredhai Allah dan menjadi lesen untuk syugaNya.Bersempena dengan itu hendaklah kita ketahui perubahan angka tahunan itu juga bakal merubah angka umur kita yang semakin meningkat .Bila umur meningkat seharusnya kita merenungi seketika beberapa perkara":

  1. Adakah kepercayaan dan pengharapan kepada Allah semakin kuat dan hebat?
  2. Adakah amalan kita melebihi umur kita atau setara atau bekurang atau semakin sedikit?
  3. Adakah kita tergolong dalam golongan ahli ilmu dan orng yang beramal dengan ilmu?
  4. Adakah kita sudah dapat merasakan kasih dan sayangNya Allah pada kita?
  5. Apakah sumbangan yang telah kita lakukan buat saudara kita yang lemah dan yang ditindas?
  6. Apakah diri ini sudah bersedia dengan bertemu dengan Allah SWT?
Tanda Allah SWT membiarkan serta menolak sesuatu dari hambaNya,dia senantiasa menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang tidak berfaedah untuk dirinya,maka ketika seseorang hamba itu membiarkan suatu saat dan ketika daripada waktu hidupnya terhadap perkara yang sia-sia maka wajarlah baginya rasa penyesalan dan dukacita yang berpanjangan selamanya,dan barangsiapa yang usianya yang telah mencapai dan menjangkau 40 an dan tidak lebih kebaikannya berbanding kejahatannya(dan tidak merasa bersalh dan insaf) maka disediakan buatnya api neraka panas membara.(HADIS)

"Nikmat Allah SWT terbahagi kepada 2 iaitu: Nikmat Yang Utama dan Nikmat Yang Sampingan. Maka Nimat Utama yang paling bernilai dan berharga adalah "Nikmat Waktu", maka dengan sebab inilah aku mengarang satu lembaran yang membicara tentang keutamaanya dan nilainya untuk para penuntut ilmu" kata Al-A'lamah Al-Muhaddis Sheikh Abdul Fattaf Abu Ghuddah di awal kitabnya "قيمة الزمان عند العلماء " (Nilai Waktu di sisi Ulama).

"Sekiranya kamu telah mensia-siakan 1000 tahun waktumu dengan perkara yang tidak berfaedah, kemudian kamu memohon taubat maka ketahuilah ketika itu kamu telah meraih kebahagiaan di akhirat dan kekal di syurga walaupun hidupmu dilumuri dengan dosa.Maka, perkara yang paling gembira buatmu adalh kehidupanmu pada waktu itu(kerna diampunkan dosa dan dimasukan syurga).Maka sedarilah bahawasanya Masa adalah suatu himpunan Nkimat Utama yang paling berharga maka dengan sebab itulah Allah bersumpa dengan Masa.Tetapi malangnya malam dan siang adalh peluang untuk manusia membuang waktunya dengan benda yang sia-sia maka sesungguhnya dia adalah manusia yang rugi lagi tercela" jelas Imam Fakhrurazi tentang berharganya Masa.

Daripada Muaz bin Jabal (radiyallahuanhu) dia berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berganjak seorang hamba di hari perhitungan melainkan setelah disoal dengan 4 perkara :-
  1. Tentang umurnya , dipenuhi dengan apa?
  2. Tentang masa mudanya, dihiasi denga apa?
  3. Tentang hartanya, didapatkan dari mana dihabis dengan apa?
  4. Tentang ilmunya, apakah telah diamalkan?
Sesungguhnya hadis ini menjadi keterangan bagi ayat Allah SWT dalam surah Al-mukminun
ayat 115 yang berbunyi: (أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وانكم إلينا لا ترجعون ) mahmumnya:"Apakah kalian menyangka bahawasanya kami menciptakan kalian hanya mainan(tidak ada hikmahnya) dan bahawa kalian tidak akan dikembalikan kepada kami?".. (nukilan dari kitab قيمة الزمان عند العلماء)

SEMOGA UMUR YANG BERBAKI INI DIGUNAKAN UNTUK BERBKTI KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH,SEMOGA ALLAH SENANTIASA MEMBUKAKAN GERBANG KEAMPUNAN BUAT HAMBANYA SERING MELAKUKAN DOSA DAN PERKARA SIA-SIA.





0 comments:

Post a Comment

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates