Suatu ketika Sheikh Al-A'lamah Al-Muhaddis As-sufi Sayyid Abdul Aziz Siddiq Al-Ghumari pernah menitipkan wasiat yang berharga kepada Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Mansur Al-Qurtum Al-Palestini:-
Sesungguhnya rentak kehidupan selalu berubah-ubah, hari semalam tidak sama dengan hari ini, kerna semalam kita rasa hidup kita bahagia , cukup dengan segalanya, keberkatan mencurah-curah dan kita saling bantu membantu antara satu sama lain adapun hari ini kehidupan dipenuhi dengan ketamakan, kerakusan, tidak rasa cukup dengan segalanya, terasa sikit keberkatan dicurahkan terutama kepada harta dan anak-anak.
Ketahuilah itulah sebenarnya dinamakan" Kehidupan" , yang biasa dilalui oleh setiap makhluk bernama insan.Oleh itu,bagi mengatasinya perlulah mengikuti jalan orang -orang yang berjaya dengan menjaga dan melaksanakan baki-baki perkara yang telah ditetapkan dan dianjurkan syariat iaitu dengan memelihara perkara yang sekurang-kurangnya dengan sesuatu amalan iaitu zikir dan wirid serta memperbanyakkan pengajian agama terutamanya perkara yang penting dalam agama yang berkaitan dengan fardhu ain.
Syeikh Ahmad bi mansur menyatakan :" Sehingga sekarang aku merasakan kesan dari wasiat tersebut kerna keberkatannya dan kelebihannya yang mengalir daripadanya".
0 comments:
Post a Comment