Wednesday, April 17, 2013

0 Manhaj Menuntut Ilmu dari Sang Pencerah Habib Umar


 TEMPAT: MASJID AZHAR
  WAKTU: 16 OKTOBER 2011
1. Pentingnya memilih dan menentukan sumber rujukan kita dalam mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam.

Abdullah Ibnu Mubarak RadhiyaAllahu Taala Anhu menyebutkan:
"Ilmu ini(Ilmu Syarak) ini adalah Agama kamu,maka perhatikanlah(nilailah) dari siapa kamu mengambil Agama&Ilmu kamu tersebut"

Disinilah letaknya kelebihan Institusi Al-Azhar dan Para Ulamaknya. Merekalah golongan yang menjaga dan memelihara ketulenan kefahaman Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini,tidak terputus silsilahnya,bersambung dengan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sekiranya ditanya tentang guru mereka,mereka boleh menyatakan satu persatu nama dari mana mereka mengambil ilmu tersebut,dan seterusnya bersambung sehingga lah kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Keistimewaan Silislilah ini,bukan semata-semata silsilah,akan tetapi lebih dari itu,ianya adalah warisan dan mata rantai yang menghubungkan antara kita semua dengan Rasulullah S.A.W. Mata rantai yang menghubungkan ILMU,KEFAHAMAN,AKHLAK dan JIWA seorang Muslim sebagaimana yang di ajar dan dikehendaki oleh Baginda S.A.W.



Sekiranya dilihat kepada aliran-aliran lain yang menisbahkan diri mereka kepada Keilmuan dan dan Kefahaman Islam,kita akan dapat melihat terputusnya silsilah ini. Ini disebabkan oleh tidak caknanya mereka terhadap disipilin keILMUan Islam yang meletakkan mestinya BERGURU dan BELAJAR dari ahlinya.

Aliran-aliran ini,sekiranya diminta untuk membentangkan dari mana mereka mengambil agama ini,pastilah kita boleh melihat tiadanya silsilah yang menghubungkan mereka dengan Rasulullah S.A.W,walaupun mereka gemar mendakwa merekalah yang berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W.

Para Ulamak Menyebutkan : Isnad itu adalah sebahagian dari Agama ini,kalaulah tidak kerana Sanad(Silsilah yang menghubungkan pembawa berita dari sumber aslinya) pastilah semua orang akan bercakap dan mendakwa apa sahaja mengikut sesuka hati mereka.

[Akibat mengabaikan berguru dari ahlinya inilah,bermulanya era kewujudan mereka-mereka yang membawa kefahaman Islam yang jauh tersasar dari yang sepatutnya. Kita boleh melihat mereka tegas tidak bertempat,cenderung kepada perbalahan dan perselisihan,menghukum orang lain dengan kufur bida'ah dan sebagainya]

2. Pentingnya Berguru (Belajar dari Ahli) dan hadir ke dalam Majlis Bersama para Ulamak dan Solehin

[Bertitik tolak dari soal sandaran sumber kefahaman dan ilmu(sanad) tadi,jelas ternyata pentingnya untuk kita mempelajari Ilmu agama ini melalui berguru,bertanya,berbincang dan mengikuti pengajian dengan para Ulamak yang ahli]

Habib Umar Hafizahullah menyebutkan,keberkatan hadir dalam majlis para Ulamak dan Solehin ini,akan dapat kita rasakan walaupun sebelum guru kita itu memulakan percakapannya. Akhlaknya,wajahnya,ketenangan jiwanya sudah cukup untuk memancarkan sinar Ajaran Islam dan Panduan Rasulullah S.A.W ke dalam jiwa kita.

Beliau juga menambah,para penuntut ilmu sepatutnya mengambil peluang untuk datang berguru dan bersama dengan para Ulamak Al-Azhar,kerana mereka memiliki kelebihan itu,kelebihan dari sudut  Keahlian(kepakaran),keSolehan dan Taqwa mereka.

Beliau juga mengingatkan kita betapa beruntungnya kita,kerana terpilih untuk mendapat nikmat hadir ke majlis Ilmu,sedangkan di luar sana ramai yang lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia,tetapi kita,Alhamdulillah Allah memilih kita untuk datang mendapatkan kenikmatan dan keseronokan yang lebih kekal.

3. Pesanan Khusus buat Penuntut Ilmu

Penuntut Ilmu perlulah menjaga kebersihan Zahir(Luaran) dan Batin(Hati) ketika menuntut Ilmu.
Antaranya,Jagalah wuduk ketika hadir ke kelas-kelas pengajian.
Begitulah juga,kita mesti menjaga kebersihan Hati dari Maksiat dan Sifat-Sifat Mazmumah,supaya Ilmu dapat masuk ke dalam Jiwa kita.

Hadir ke kelas,belajar dari guru sememang adalah syarat asasi kepada proses untuk mendapatkan Ilmu. Akan tetapi,antara yang akan membuatkan Ruh Ilmu masuk kedalam jiwa,Kefahaman yang sebenar dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah: 

Bangun di tengah malam,memohon dengan penuh rasa pengharapan dan hina diri terhadap Allah supaya diberikan dan dikurniakan Ilmu dan Kefahaman sebenar dariNya.

Proses "Zahir"[Hadir ke kelas,mengulangkaji dan lain-lain] untuk mendapatkan ilmu itu mampu dilakukan oleh siapa sahaja,Fasiq atau Soleh.Akan tetapi,Ruh Ilmu dan Kefahaman yang sebenar hanya akan diberikan oleh Allah kepada hati-hati yang Tawadhuk dan tunduk menghinakan diri di hadapan Allah,antaranya dengan bangun bermunajat di tengah malam memohon kurnia dariNYA.

[Jadi,proses untuk mendapatkan ilmu itu bukanlah semata-mata dengan usaha Zahir **yang semestinya tidak boleh diabaikan** seperti hadir ke kelas,membaca,mengulangkaji dan lain-lain,akan tetapi mestilah juga dengan persiapan Hati dan Jiwa seperti Tawadhuk,rendah diri,menggantung pengharapan kepada Allah,amal soleh,dan menjauhi maksiat]

KREDIT:   USTAZ MOHAMMAD NOORAZAM BIN BAHADOR

0 Wasiat Berharga dari Abuya Sayyid Muhammad

ALhamdulillah, limpahan puji dan kehadrat illahi, Tuhan yang maha Esa mentadbir sekian  alam  dan memiliki jiwa hamba-hambanya, Maha pengatur kejadian siang dan malam ,Maha berkuasa membolak-balikan jiwa sanubari hambanya, Sang Maha Esa lagi Kekal Abadi, tiada apa pun berlaku melainkan dengan izinNya Sang Maha lembut dan Pengasihani, senantisasa menawarkan dan membuka luas gerbang kurniaNya serta  pintu taubatNya buat hamba-hambaNya agar senantiasa berdamping dan sujud kepadaNya  Jalla jalla luh..


Pengembaraan di bumi gersang ini masih tetap ku teruskan jua. Namun ku tahu akan datang berbagai rintangan yang bakal menghambat .Tetapi persediaanku perlu rapi , bekalanku hendaklah dicari supaya mudah dan menjadi bantuan di tengah pemusafiran kelak. Maka setelah digali dan mencari akhirnya ku terjumpa jua antara bekalan dan pedoman yang berguna buatku iaitu Wasiat orang lama yang telah berjaya salik dan sampai ke matlamat cita-citanya untuk bersama-sama dengan Sang MahaPencipta  Yang Kekal Abadi dalam keadaan mulia dan lagi dimuliakan.  Beliau ialah  Al-A'rifbillah Prof. Dr Abuya Sayyid Muhammad ibn A'lawi  Al-Maliki Al-Hasani. Diantara wasiat beliau :

  1. Aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
  2. Aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  3. Aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
  4. Aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
  5. Aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
  6. Aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
  7. Aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
  8. Aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …




Beliau رضي الله عنه mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:



  1. Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.
  2. Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.
  3. Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal...
  4.  berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya ………
  5. Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di tas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya

0 Mutiara Kata Yang Mengugah Jiwa Dari Yang Mulia Habib Munzir


Selaut kesyukuran dihamparkan untuk Tuhan yang berkuasa mutlak dialah Robbuna wa Robukum , Allah S.W.T  Limpahan puji kehadrat Allah taala atas anugerah nikmat yang tidak terkira banyaknya (la tahso a'dada) .  Betapa pun kita leka terhadapNya, kita jauh dariNya,kurniaanNya tidak putus –putus kepada kita, tetap disalurkan kepada hamba pendosanya ini. Dialah Tuhan Agung Yang Maha Luhur kebaikanNya, Yang Maha Pengasihani pada hamba-hambaNya, senantiasa menunggu dan mengharap hambaNya agar sujud dan memohon kepadaNya, Yang senantiasa mengalirkan ganjaran kepada hamba-hambaNya tatkala hambaNya melakukan kebaikan walaupun sebesar  zarah pasti akan dihitungNya juga.Sehinggakan sekiranya sudah berniat untuk melakukan maksiat dan kemudiannya tidak melaksanakannya dia juga akan dianugerahkan ganjaran dan pahala atas amal perbuatannya itu. .Ya Allah sungguh Mulia budi pekertiMu.
                                                                                                       
  DiSini saya titipkan butir-butir mutiara indah dan syahdu yang terpancar dari lisan Sang Pendakwah Mulia Ad-Da'ie Al-A'rifbillah Al-Habib wal Mahbub Munzir Al-musawa.Bicaranya membuatkan hati sanubari yang gersang kembali bercahaya dan segar dengan siraman rohani darinya dan lantas kembali sujud pada Yang Maha Esa. Diantara mutiara katanya yang menyuntik jiwa para hambanya adalah seperti berikut.:-                  



Namun tujuan adalah satu, iaitu saat berjumpa dengan Rabbul a’lamiin. Maka berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya; iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah akan datang satu saat dimana bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah. Di saat itu kita akan diturunkan ke dalam kubur, dan wajah kita dibuka dan diciumkan ke tembok kubur kita. Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kaum kerabat. Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan, di saat itu tidak ada harta. Itulah hadirin hadirat, kita sendiri. Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya.

Allah masih terus bersabar, yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina, yang hidup berasal dari sebutir sel dan akan berakhir sebagai bangkai; makanan-makanan haiwan di dalam tanah. Allah menanti hambanya memohon taubah, Dialah yang Maha baik, Dialah Yang Maha mulia. Setelah kita diberi kehidupan; diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia dan seluruh isinya. Allah meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita meminta.

Hadirin hadirat, sedemikian luasnya nikmat Ilahi dan kasih sayangnya melebihi segala kasih sayang; melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Hadirin hadirat, jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah. Jangan berat menyebut nama Allah. Dosa apa yang membuatkan lidah kita berat menyebut nama Allah??

Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa kubur Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa neraka pastikan kami 
 selamat dari ini semua Ya Allah!!!




0 Mutiara Kata Habib Ali Jufri buat Para Remaja

"Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga?!" Kata Sang Pendakwah yang masyhur di pelusuk dunia  Iaitu
 Al-habib Ad-Daie Ali Jufri

Remaja sekarang ini mereka ada yg bersolat tapi melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana sini, mata meliar, masuk net tengok macam-macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Habib Ali al-jufri berkata "Perkara ini semua org ketahui, tentang ujian yg melanda remaja sekarang ini. Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepda remaja semua, penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah, selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka."Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah" Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan "aku ada melakukan kesalaham".perasaan yg bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat. Perkara bahaya datang dari mana? Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya.ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.

sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa pada-Nya.
Allah tidak berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dari-Nya.
lantas teruslah kembali kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu..
Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga?!


Monday, April 15, 2013

0 WASIAT Al-Muhaddis As-sufi Sayyid Abdul Aziz Siddiq Al-Ghumari

Suatu ketika Sheikh Al-A'lamah Al-Muhaddis As-sufi Sayyid Abdul Aziz Siddiq Al-Ghumari pernah menitipkan wasiat yang berharga kepada Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Mansur Al-Qurtum Al-Palestini:-

 Sesungguhnya rentak kehidupan selalu berubah-ubah, hari semalam tidak sama dengan hari ini, kerna semalam kita rasa hidup kita bahagia , cukup dengan segalanya, keberkatan mencurah-curah dan kita saling bantu membantu antara satu sama lain adapun hari ini kehidupan dipenuhi dengan ketamakan, kerakusan, tidak rasa cukup dengan segalanya, terasa sikit keberkatan dicurahkan terutama  kepada harta dan anak-anak.
  Ketahuilah itulah sebenarnya dinamakan" Kehidupan" , yang biasa dilalui oleh setiap makhluk bernama insan.Oleh itu,bagi mengatasinya perlulah mengikuti jalan orang -orang yang berjaya dengan menjaga dan melaksanakan baki-baki perkara yang telah ditetapkan dan dianjurkan syariat iaitu dengan memelihara perkara yang sekurang-kurangnya dengan sesuatu amalan iaitu zikir dan wirid serta memperbanyakkan pengajian agama terutamanya perkara yang penting dalam agama yang berkaitan dengan fardhu ain.
Syeikh Ahmad bi mansur menyatakan :" Sehingga sekarang aku merasakan kesan dari wasiat tersebut kerna keberkatannya dan kelebihannya yang mengalir daripadanya".

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates