Sunday, November 4, 2012

0 Cebisan peringatan buat penuntut ilmu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

PETIKAN DARI KITAB AYYUHAL WALAD KARYA IMAM GHAZALI 

Ketahuilah wahai anaknda yang dikasihi, sesungguhnya Allah SWT telah memanjangkan umurmu untuk terus tunduk dan sujud dalam mentaati segala titah perintahNya.Dan Dia Sang Maha Mulia lagi Maha Pengasihani  telah menetapkan kamu untuk terus melalui landasan orang-orang dicintai dan dikasihiNya
.Sesungguhnya banyak butiran mutiara pedoman dan nasihat  telah disampaikan yang bersumberkan dari risalah yang telah diutuskan kepada Sang kekasih Allah Swt. Sekiranya semua mutiara hikmah tersebut telah sampai kepada engkau wahai anaknda, maka apa lagi yang dihajati oleh engkau akan nasihat dari aku atau jika engkau tidak mendapati sesuatu daripadanya maka khabarkan kepadaku apa yang engkau perolehi selama ini ?!!!
Wahai anaknda yang disayangi, ada suatu peringatan yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW buat umatNya :
علامة إعراض الله تعالى عن العبد إشتغاله بما لا يعنيه وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره في غير ما خلق له لجدير أن تطول عليه حسرته ومن جاوز شره فليتجهز إلى النار
Mafhumya: Tanda Allah SWT membiarkan serta menolak sesuatu dari hambaNya,dia senantiasa menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang tidak berfaedah untuk dirinya,maka ketika seseorang hamba itu membiarkan suatu saat dan ketika daripada waktu hidupnya terhadap perkara yang sia-sia maka wajarlah baginya rasa penyesalan dan dukacita yang berpanjangan selamanya,dan barangsiapa yang usianya yang telah mencapai dan menjangkau 40 an dan tidak lebih kebaikannya berbanding kejahatannya(dan tidak merasa bersalh dan insaf) maka disediakan buatnya api neraka panas membara.
  Sesungguhnya peringatan ini sudah cukup buat penuntut dan ahli ilmu




-cebisan kata Al-hujjatul Islam Al-Imam Ghazali-
 


0 comments:

Post a Comment

 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates