Monday, December 31, 2012

0 2012 Melabuhkan Tirai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AlhamDuliLLah, Limpahan puji Kehadrat Allah SWT yang senantiasa mengurNiakan kepada hambaNya nikmat yang tidak mampu dibilang dan dikira. Anugerahnya senantiasa memenuhi keperluan para hambaNya, walaupun sebelum keperluan tersebut diminta daripadaNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Luhur, sudahmenyediakan dan mencukupkan.Kurniaan yang maha banyak itu sentiasa disalurkan walaupun hamba-hambanya masih lagi terjerat dalam kancah kemaksiatan berlumuran dosa serta noda.Sesungguhnya anugerah ini adalah disebabkan kita  tergolong dalam umat yang dikasihi Allah iaitu umat akhir zaman yang dipimpin oleh seorang nabi yang mulia .Dialah nabi junjungan yang dikasihi oleh Tuhan Maha Raja Sekalian Alam dan Jagad Raya ,serta dikasihi seluruh makhluk yang bernyawa mhupun yang tidak bernyawa. Dialah Utusan Terakhir pembawa risalah kedamain dan ketenangan buat seluruh alam Sesungguhnya Dialah Yang Mulia Sayyiduna Muhammad SAW.

Kita berada di garisan akhir tahun 2012 yang bakal menutup tirainya, yang memiliki seribu satu lembaran cerita, rakaman catatan pengalaman manis dan pahit. Hakikatnya kisah tersebut bakal dipaparkan di "Skrin Hari Perhitungan' yang akan disaksikan sekalian umat manusia . Semoga tayangan tersebut manggambarkan kehidupan yang diredhai Allah dan menjadi lesen untuk syugaNya.Bersempena dengan itu hendaklah kita ketahui perubahan angka tahunan itu juga bakal merubah angka umur kita yang semakin meningkat .Bila umur meningkat seharusnya kita merenungi seketika beberapa perkara":

Sunday, November 4, 2012

0 Soal Jawab bersama Sheikhna Al-faqih Nuruddin Marbu Al-banjari Al-Makki

 Soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Sheikh Nuruddin al-Marbu al-Banjari al-Makki - Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam. [8 Oct 2012]

Hadis - apabila namaku disebut, dia tidak berselawat ke atas ku, dia akan keliru menuju ke syurga.

Kembalikan rasa cinta pada nabi. Hidupkan kembali sunnah Rasulullah saw.

Pengorbanan - apa yang sanggup kita lakukan untuk berkorban demi nabi dan Allah? Kita kena ada target untuk dapatkan keredhaan Allah. Beza meninggalkan anak bini, kampung halaman,
1- untuk pergi baitullah (umrah/haji)
2- untuk pergi tengok bola di bukit jalil
mana satu pengorbanan yang berbaloi?

Pastikan terget pengorbanan kita untuk apa? Adakah untuk bersama Rasulullah saw di akhirat nanti? Tanpa pengorbanan, kita tak akan sampai pada target yang kita inginkan.

Selepas korban wang, masa, keluarga, tenaga, kita takkan berkira sangat dengan pengorbanan yang akan kita lakukan jika kita dah kenal apa target kita.

Haiwan diciptakan Allah untuk kita makan. Itu pengorbanan haiwan kepada kita. kita akan korban dan sembelih dia tak lama lagi. Jadi laungkan nama Allah dengan sepenuh lafaz. Kita kena berkorban demi agama Allah, sebab kita dah korbankan haiwan2, makhluk2 Allah. Ingat tak sakit ke kena sembelih? Jadi, korban segala yang kita mampu untuk jalan Allah.

SOAL JAWAB

1- Hukum demonstrasi bantah penghinaan pada nabi, ada orang kata wajib.

J- Ya, memang patut kita buat demonstrasi sebagai satu cara untuk tunjuk rasa marah kita. Nabi bersabda, Bila nampak sesuatu kekufuran, tangani dengan tangan, jika tak mampu, tangani dengan mulut, jika tak mampu, benci dengan hati, dan ia selemah2 iman. Demonstrasi dikira menangani dengan mulut. Bukan mukmin sejati jika tak buat aksi/cara semampu kita sebagai tanda protes.

0 PETIKAN KALAM AL-HABIB HASSAN BIN ABDULAH AS-SYATIRI

NUkilAn dari Ad-Dai'e Al-Hassan Bin Abdullah As-Syatiri(1347h-1425h):-

1. Senantiasa menggesa anak murid
dan ahbabnya supaya melaksanakan solat berjemaah dengan memelihara adab-adab serta hati sanubari yang hudur(ingatkan Allah) dan khusyu'.
Kadang-kadang solat serta doa berseorangan tidak akan diterima akan tetapi bila berjemaah pastinya akan dibukan segala pintu pengkabulan dan diterima amalan tersebut.
Justeru itu,bagi setiap muslimin hendaklah menghimpunkan keluarganya dan solat secara berjemaah dengan mendidik mereka supaya melazimi solat jemaah dan harus  menegur dan memarahi mereka sekiranya mereka meninggalkannya dengan sengaja kerna SOLAT ADALAH PAKSI DAN TIANG UTAMA ISLAM DAN BERJAMAAH DLM MELAKSANAKANNYA ADALAH KESEPURNAAN DAN GANJARANNYA
MENGGUNTUNGKAN.

0 Cebisan peringatan buat penuntut ilmu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

PETIKAN DARI KITAB AYYUHAL WALAD KARYA IMAM GHAZALI 

Ketahuilah wahai anaknda yang dikasihi, sesungguhnya Allah SWT telah memanjangkan umurmu untuk terus tunduk dan sujud dalam mentaati segala titah perintahNya.Dan Dia Sang Maha Mulia lagi Maha Pengasihani  telah menetapkan kamu untuk terus melalui landasan orang-orang dicintai dan dikasihiNya

0 CEBISAN KATA PERMATA HABIB ZEIN BEN SEMAITH AL-MADANI

SEBAB-SEBAB KUAT YANG MENDORONG KITA DIKURNIAKAN REZEKI

Telah dinukilkan daripada AL-A'rifbillah :-
  1. Menunaikan solat dengan rasa takzim atas keagungan Allah SWT dan menghadirkan hati yang khusu'
  2. Membaca Surah al-Waqiah khususnya pada waktu malam

Saturday, November 3, 2012

0 KALAM PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM..
alhamdulillah dengan Izin Allah SWT pada pagi ini, ana berkesempatan menyediakan lembaran baru untuk melakar secebis kata dan perkongsian rasa,Selain itu juga,  lembaran ini mampu menjadi medium untuk menukilkan mutiara kata para ulama dan cebisan pandangan buat tatapan dan manfaat untuk kita bersama.\.
   Semoga dengan secebis rasa dan sebaris kata, kita dapat mengambil faedah daripadanya sebagai motivasi dan penambahan ilmu untuk kita semua..
  
 

Secebis Kata Kita Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates